Bahasa dan bangsa semestinya bersatu dalam jiwa bangsa. Bahasa dan bangsa cintanya harus utuh kasihnya harus teguh sayangnya harus kukuh. Sucinya cinta bahasa murninya kasih bahasa luhurnya sayang bahasa seabadinya setia. Bangsa sering curang cintanya berkurang kasihnya terlarang sayangnya melayang. Layu bahasa kuyulah bangsa! Musnah bahasa punahlah bangsa! Lesap bahasa lenyaplah bangsa! Gagah bahasa dahsyatlah bangsa! Gemilang bahasa terbilanglah bangsa! ...................................................... Iman Syafie pernah berkata: “Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya, dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”

Tuesday 26 February 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tarikh: 25 -28 Februari 2013
Murid-murid tahun 1 dikehendaki memakai baju sukan bagi memudahkan pemeriksaan kesihatan.

Friday 8 February 2013

KERJA SEKOLAH

semasa Cuti Tahun Baru Cina
* Bahasa Malaysia - Buku tulis BM2
Tajuk: Keluarga Saya, Saudara Mara Saya (Kata Nama Am/Khas)
Ibu bapa sebagai sumber rujukan
Klik contoh

* Bahasa Inggeris - Buku Rampaian
m/s : 2 dan  4

* Dunia Sains dan teknologi - Buku tulis
Unit 1 : Benda hidup dan benda bukan hidup
Lembaran 1 - 4

Wednesday 6 February 2013

TIKET LANGGANAN ZOOM A

Kepada ibubapa/penjaga yang telah membuat bayaran Zoom A.
Saya telah kepilkan 'tiket langganan' Zoom A di Buku Komunikasi anak tuan/puan.
Sila semak buku komunikasi anak tuan/puan . Terima kasih

Tuesday 5 February 2013

KEMPEN MEMBACA

Sumbangan bahan bacaan terpakai untuk kelas 1 Kekwa
(Bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak)
Kempen ini bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan murid Tahun 1 Kekwa.
Bahan bacaan yang ada di dalam kelas buat masa ini telah banyak yang rosak (sumbangan murid tahun lepas).

CUTI TAHUN BARU CINA

9 FEB - 17 FEB 2013
(9 HARI TERMASUK SABTU DAN AHAD)
Klik Surat siaran